• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Hampir 27 juta manusia masih jadi mangsa perhambaan

Hampir 27 juta orang hidup seperti hamba di dunia, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, selepas AS mendedahkan laporan tahunannya mengenai pemerdagangan orang.

Tetapi laporan itu menunjukkan, sedang kerajaan semakin peka mengenai isu itu, mewujudkan undang-undang baru lebih tegas dan program untuk membantu mangsa, usaha juga dibuat untuk menghapuskan apa yang dipanggil “pemerdagangan orang yang utama.”

“Berakhirnya hamba abdi yang sah di Amerika Syarikat dan negara lain di seluruh dunia, bukan bermakna berakhirnya perhambaan,” katanya.

“Hari ini, dianggarkan seramai 27 juta orang di seluruh dunia menjadi mangsa perhambaan moden, apa yang juga dikenali sebagai perdagangan manusia,” katanya ketika membentangkan laporan di Jabatan Negara.

“Mangsa perhambaan moden ini adalah wanita dan lelaki, kanak-kanak perempuan dan lelaki dan kisah mereka mengingatkan kita layanan tidak berperi kemanusiaan yang mereka terima.

“Tidak kira apa latar belakang mereka, mereka adalah manusia yang hidup

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail