• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Ibu diikat macam anjing ketika dibawa jalan

Pihak berkuasa Taiwan berkata, mereka menyiasat seorang lelaki yang dikatakan mengikat ibunya dengan tali sebelum dibawa ‘berjalan,’ menyebabkan kemarahan orang ramai apabila kelakuannya dirakam dan dimuat naik dalam Internet.

Video itu banyak ditonton di Taiwan dan China, menunjukkan seorang wanita tua mencangkung di kaki lima dengan tali diikat di pinggang.
Dalam video itu wanita yang tidak boleh mengimbang badan, sering terjatuh dan lelaki itu dipercayai anaknya tidak langsung membantu ibunya.

Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam kenyataan berkata, mereka akan melawat wanita tua walaupun anak lelakinya menafikan mendera beliau - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail