• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Kebas duit rumah kenduri

Seorang wanita berusia 38 tahun dipenjarakan tiga bulan selepas mengaku bersalah mencuri di mahkamah Bandar di Bandar Seri Begawan, semalam.

Suri rumah lima anak, Zurina binti Ahmad yang tinggal di Panaga Seria menemani suaminya ke majlis perkahwinan di RPN Bukit Beruang Tutong pada 17 Jun lalu.

Pada waktu tengah hari, Zurina beredar daripada majlis perkahwinan untuk memasuki kediaman tuan rumah dan naik ke tingkat atas.

Apabila melihat tiada orang, dia menceroboh masuk ke dalam sebuah bilik sebelum menemui dompet di dalam laci almari pakaian. Dia mengambil wang tunai berjumlah RM81 sebelum meletakkan dompet itu semula ke tempat asalnya. Bagaimanapun, nenek kepada pengantin nampak Zurina menaiki tangga untuk ke tingkat atas kediaman itu. Dia kemudian memberitahu cucu perempuannya supaya mengekori Zurina.

Wanita itu melihat Zurina berdiri di sebelah almari pakaian dan bertanya apa yang dilakukannya di situ. Zurina memberitahu pin tudungnya sudah hilang dan seseorang memberitahunya dia boleh mendapatkan pin tudung di satu daripada bilik di tingkat atas kediaman itu.

Selepas Zurina beredar, wanita itu memberitahu tuan punya bilik berkenaan mengenai apa yang berlaku.

Dia mendapati wang tunai RM81 miliknya sudah hilang lalu bertanyakan hal itu kepada Zurina. Ibu lima anak terbabit menafikan mencuri wang itu, tetapi ketika beg tangannya diperiksa oleh anggota keluarga tuan rumah, wang itu ada di dalam begnya. - Brunei Times

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail