• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Kesatuan sekerja guna sihir tambah ahli

Sebuah kesatuan pekerja perlombongan menuduh pesaingnya menggunakan sihir untuk meningkatkan bilangan ahli.

Dakwaan itu dipandang serius oleh pegawai dan pekerja di negara yang kepercayaan tradisional mengenai amalan itu masih meluas.


Kesatuan Pekerja Kebangsaan Afrika Selatan (NUM) terbabit dalam saingan sengit untuk mendapatkan anggota dengan Kesatuan Persatuan Pekerja dan Pembinaan (AMCU) di kawasan perlombongan platinum terbesar dunia. Antara senjata yang digunakan ialah muti, kata Setiausaha Agung NUM, France Baleni kepada wartawan semalam.

Muti merujuk kepada ubat tradisional yang dibuat daripada pelbagai bahan, termasuk bangkai haiwan dan mayat manusia.


Baleni berkata, anggota NUM percaya AMCU memiliki sangoma atau tukang sihir yang amat kuat.


“Satu daripada kepercayaan ialah jika anda lelaki dan anda tidak mengikut cakap mereka (AMCU), anda tidak akan berfungsi di bilik tidur di rumah anda,” katanya.

Sangoma dihormati oleh penduduk Afrika Selatan, termasuk ahli perniagaan dan politik.


Setiausaha Agung AMCU, Jeff Mphahlehle, bagaimanapun menafikan tuduhan Baleni. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail