• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Lelaki baru sedar dirinya wanita selepas 40 tahun

SEORANG lelaki berusia 40 tahun yang mengalami masaalah batu karang baru menyedari bahawa dirinya merupakan seorang wanita selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital.


Steve Crecelius yang sudah berumahtangga lebih 20 tahun dengan pasangannya Debbie, telah mendapatkan rawatan di hospital kerana mengalami masaalah batu karang lima tahun lalu.

Selain mengetahui keputusan ultrabunyi terhadap penyakit batu karang yang dihidapinya, dia menerima maklumat yang sangat mengejutkan apabila doktor memberitahu bahawa dirinya adalah seorang wanita Lapor ABC News.

Steve dimaklumkan bahawa dia sebenarnya memiliki jntina perantaraan (intersex) dan memiliki kedua-dua bahagian lelaki dan wanita. Meskipun begitu rumahtangganya bersama Debbie tetap tidak berubah.

Menurut isterinya Debbie, seperti ada sesuatu yang sudah lama dirasakan dan ingin diluahkannya. "Saya tak sanggup melihat reaksinya, namun ilmu perubatan telah mengesahkan segala yang saya pendamkan selama ini" kata Steve.

Berikut penampilan terbaru Steve selepas menyedari dirinya adalah seorang wanita.



ABC News melaporkan, selepas setahun menyedari bahawa dirinya seorang wanita Steve mula mengubah dirinya kepada penampilan wanita dengan sokongan isterinya. Dia juga memberikan perkhabaran itu kepada satu persatu ahli keluarganya.

Steve kini menggunakan nama stevie.

Pasangan itu dilaporkan mempunyai enam orang cahaya mata. Empat hasil perkahwinan Debbie sebelum ini dan dua selepas bersama Steve.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail