• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Robot peneman sebelum ajal

Robot dicipta sebagai rakan sokongan yang boleh memberi kata-kata semangat sebelum pesakit menemui ajal.

Pesakit yang bakal menemui ajal atau sakit tanpa waris di sisi, kini tidak lagi keseorangan selepas sebuah robot dicipta sebagai rakan sokongan yang boleh memberi kata-kata
semangat.

Graduan dari Kolej Rekabentuk Rhode Island, Amerika Syarikat, Dan Chen berkata, rekaan ini dibuat bagi memberi motivasi kepada pesakit yang tidak mempunyai waris ketika berada di hospital.

“Rekaan ini juga boleh memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya mempunyai hubungan sosial dan keluarga ketika hidup,” katanya.

Menurutnya, selepas doktor meninggalkan pesakit yang tiada harapan secara berseorangan, peranti robot ini akan diaktifkan.

“Robot ini akan membelai lengan pesakit sambil mengeluarkan audio dengan kata-kata sokongan bagi memberi keselesaan di saat akhir kehidupan seseorang, “ katanya.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail