• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Sekolah dan kilang diperbuat daripada buluh

Bangunan kilang Big Tree Farms yang diperbuat daripada buluh di Sibang Kaja.

Bangunan sekolah dan kilang coklat di Sibang Kaja, Pulau Bali   dibina daripada buluh bagi menggantikan keluli sebagai usaha untuk menjaga alam sekitar.

Kilang Big Tree Farms setinggi tiga tingkat itu dibuka pada tahun lalu dan ia merupakan bangunan komersial yang terbesar di dunia dibina daripada buluh.

Menurut pengasas bersama kilang itu, Ben Ripple, 37, tiada bahan binaan lain setanding buluh dan ia tidak merosakkan tanah.

Sebanyak 25 bangunan Sekolah Hijau yang menempatkan 240 pelajar dibina daripada buluh.

Kebanyakan daripada pelajar itu merupakan anak ekspatriat asing. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail