• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Spesies terakhir kura-kura gergasi mati

Seekor kura-kura gergasi diberi nama Lonesome George yang menjadi simbol spesies pupus berikutan kegagalan usaha membiakkannya, ditemui mati semalam, kata pegawai Taman Negara Galapagos.

Lonesome George dipercayai sub spesies terakhir kura-kura gergasi Pulau Pinta dan menjadi duta kepulauan di Equador itu berikutan keunikannya.

Usia kura-kura itu tidak diketahui tetapi saintis percaya ia berumur kira-kira 100 tahun dan dianggap tidak begitu tua bagi spesies itu.

Saintis menjangkakan Lonesome George boleh hidup beberapa dekad lagi.
“Saintis cuba menyediakan pasangan untuk Lonesome George sejak ia ditemui mati pada 1972 tetapi gagal untuk membiakkannya.

Haiwan itu tinggal di pusat pembiakan kura-kura di pulau Santa Cruz dan ditemui penjaganya sejak sekian lama Fausto Llerena,” kata jurucakap taman itu dalam satu kenyataan. Beliau berkata pihaknya akan menyiasat punca kematiannya.

Dua kura-kura betina dari kawasan Wolf Volcano, spesies paling hampir dengan kura-kura gergasi Pinta, sebelum itu dibawa untuk mengawan dengan Lonesome George, malangnya telur dihasilkan tidak subur.

Populasi kura-kura gergasi Galapagos berkurangan selepas ketibaan manusia di situ, tetapi satu program pemuliharaan yang dijalankan taman itu berjaya meningkatkan jumlah haiwan itu daripada 3,000 ekor kepada 20,000 ekor sekarang. – AP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail