• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Tempat dengan nama terpanjang di dunia

Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu (85 huruf), adalah sebuah bukit di New Zealand, berdaftar di Guinness World Records sebagai nama tempat dengan 1 kata terpanjang di dunia. Bentuk pendeknya ialah "Taumatawhakatangihangakoauauotamateapokaiwhenuakitanatahu" (57 huruf) dalam New Zealand Geographic Placenames Database. Nama ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris sebagai "Bukit permainan flute oleh Tamatea - yang ditiup ke mari dari jauh, mempunyai zakar yang telah disunat, merumputi lututnya dengan memanjat gunung, jatuh ke Bumi, dan mengelilingi daratan - menuju orang yang dicintainya."Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch (58 huruf), sebuah bandar di Welsh.

Pekwachnamaykoskwaskwaypinwanik (31 huruf), tasik di Manitoba dan Nunavut, adalah nama terpanjang di Kanada.Mamungkukumpurangkuntjunya (26 huruf), sebuah bukit, nama geografi rasmi terpanjang di Australia.Kuchistiniwamiskahikan (22 huruf), sebuah pulau, adalah nama tempat terpanjang di Quebec, Kanada.Muckanaghederdauhaulia (22 huruf), di County Galway, adalah nama tempat berbahasa Ireland terpanjang di Ireland.Newtownmountkennedy (19 huruf) di County Wicklow, adalah nama tempat berbahasa Inggeris yang terpanjang di Ireland.Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg (45 huruf), sebuah tasik di Massachusetts, sering dianggap sebagai nama tempat terpanjang di Amerika Syarikat, tapi nama rasmi yang disebutkan oleh Jabatan Dalam Negeri AS adalah Lake Chaubunagungamaug (17 huruf).
Manakala nama tempat terpanjang yang mempunyai lebih dari satu perkataan ialah Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Yuthaya Mahadilok PHOP Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit (21 perkataan). Ini adalah nama asli bandar Bangkok, Thailand yang diberikan oleh pengasasnya, Raja Phra Buddha Yotfa Chulaloke sekitar abad ke 18. Nama ini diralat lagi oleh Raja Mongkut sehingga ertinya menjadi "Kota malaikat, bandar besar, bandar intan abadi, bandar Dewa Indra yang tidak tergoyahkan, ibu kota agung dunia yang dikurniakan sembilan batu permata berharga, bandar kebahagiaan, penuh dengan Istana Kerajaan yang sangat besar yang menyerupai syurga di mana kerajaan adalah kelahiran semula dewa-dewa, sebuah bandar yang diberikan oleh Indra dan dibina oleh Wisnu ".

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail