• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

350,000 bayi tabung uji lahir setiap tahun

Persenyawaan in-vitro (IVF) memberi dunia kira-kira lima juta penduduk baru sejak bayi tabung uji dilahirkan di Britain, 34 tahun lalu, berdasarkan jangkaan yang diumumkan semalam.

Menurut ersatuan Pembiakan Manusia dan Embriologi Eropah (ESHRE). 350,000 bayi “dilahirkan” melalui kaedah itu setiap tahun.

Ia mewakili kira-kira 0.3 peratus daripada 130 juta bayi yang menyumbang kepada populasi dunia setiap tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Antarabangsa Pemantauan Teknologi Bantuan Reproduktif (ICMART), David Adamson berkata, “Berjuta-juta keluarga dengan anak dihasilkan, sekali gus mengurangkan beban ketidaksuburan.”

IVF adalah proses meletakkan telur dan sperma bersama dalam piring petri untuk proses persenyawaan dan satu subkategori dikenali sebagai ICSI (suntikan sperma intracytoplasmic) terhasil. - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail