• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Backpage.com...Remaja dakwa dijual untuk seks

Tiga remaja di negeri ini yang mendakwa mereka dijual untuk seks di Internet menyaman laman Backpage.com, menuduh pemilik laman web itu mengeksploitasi mereka.

Dua remaja berusia 13 tahun dari daerah Pierce dan seorang berusia 15 tahun dari daerah King mengemukakan saman itu Jumaat lalu di Mahkamah Agung daerah Pierce, lapor The News Tribune, semalam.

Peguam di Seattle, Liz McDougall yang mewakili pemilik korporat Backpage, berkata, kes saman itu menyalahi undang-undang persekutuan. Laman itu dimiliki Village Voice Media di New York.

Backpage adalah laman web popular untuk khidmat teman sosial. Syarikat itu menghadapi tekanan besar untuk mengubah cara operasinya.

Pada Mei lalu, datuk bandar daripada hampir 50 bandar raya di seluruh Amerika Syarikat, termasuk New York, Los Angeles, Phoenix dan Philadelphia, menandatangani surat menggesa Village Voice Media mendapatkan pengenalan diri terhadap individu yang yang memuat naik iklan khidmat teman sosial di laman webnya.

“Adakah wajar untuk sesetengah syarikat, atas beberapa kepentingan untuk memperoleh jutaan dolar, bukan saja terbabit dalam penyeludupan wanita, tetapi lebih penting lagi turut menyeludup kanak-kanak?,” soal peguam di Seattle, Mike Pfau yang bersama Erik Bauer mewakili remaja terbabit. “Tidak, ia tidak boleh diterima sama sekali,” katanya.

Saman itu mendakwa bahawa gambar remaja perempuan bawah umur mengenakan pakaian ketat dan terdedah muncul dalam pelbagai iklan di laman itu yang dibayar oleh bapa ayam.

Ia menuduh pemiliknya tidak melakukan apa-apa untuk mencegah perkara itu berlaku. Tindakan yang dijelaskan dalam aduan itu merujuk pada 2010. - AP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail