• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Bakar diri bantah kos sara hidup tinggi

BEBERAPA orang memadamkan api pada tubuh Silman.

Seorang penunjuk perasaan Israel, Moshe Silman berada dalam keadaan kritikal selepas dia membakar dirinya bagi membantah kos sara hidup tinggi, lapor Radio Israel semalam.

Silman yang berusia dalam lingkungan 50-an melecur hampir keseluruhan badannya selepas dia membakar diri kelmarin.

Dia dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Hashomer-Sheba di sini.

Beberapa saksi menyatakan lelaki itu membawa sejenis cecair yang mudah terbakar di dalam botol.

Rakan-rakan dan saudaranya menyatakan Silman melakukan perbuatan itu selepas sebuah agensi perkhidmatan sosial gagal untuk memenuhi permintaannya berhubung bantuan perumahan.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu meminta Kementerian Perumahan dan Kementerian Kebajikan untuk meneliti masalahnya. - dpa

1 comment:

anti bohmau said...

Alhamdulillah. rakyat kita tak perlu buat macam ni sbb kerajaan dah sediakan banyak saluran utk yg benar2 tidak mampu utk memiliki rumah. jika mrk benar2 jujur menyatakan keadaan mrk sebenar tentu kerajaan tidak teragak2 membantu, Insyaallah...

Follow p a a p a a d a by e-mail