• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Doktor jalin hubungan seks dengan pesakit digantung...

Seorang pakar psikiatri yang bertugas di Pusat Perubatan Mount Elizabeth digantung dan didenda kerana melakukan hubungan seks bersama pesakitnya selama 10 tahun.

Dr Kong Sim Guan atau juga dikenali sebagai Sim Heng Guan yang bertugas di Klinik Rawatan Tingkah Laku dan Psikiatri di pusat perubatan itu didapati menjalin hubungan dengan pesakitnya dari 1996 hingga 2009.

Dia digantung kerja tiga tahun dan didenda Sg$10,000 (RM 25,252) oleh Majlis Perubatan Singapura (SMC) dalam kes disiplin yang jarang berlaku di negara ini, lapor The Straits Times.

Di bawah kod dan etika panduan asas perubatan SMC, doktor tidak boleh menjalin hubungan seksual dengan pesakit atau terbabit dengan hubungan penzinaan. Pesakit terbabit dijelaskan jawatankuasa pusat itu sebagai “lemah” dan mengalami masalah perkahwinan. - Straits Times

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail