• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Kebebasan seksual...Ulama mahu pengarang akhbar dihukum mati

Dua pasang kekasih sedang bercanda di sebuah pantai di Rabat, Maghribi.

Tiga ulama konservatif paling terkenal di Maghribi secara terbuka membuat permintaan supaya wartawan yang menyokong kebebasan seksual di negara Afrika Utara berkenaan dijatuhi hukuman mati.

Tindakan itu dibuat selepas pengarang akhbar harian Al-Ahdath Al-Maghribia, Mokhtar el-Ghzioui, secara terbuka menyokong seorang aktivis hak asasi manusia Maghribi yang menghalalkan hubungan seks sebelum perkahwinan.

Beliau membuat komen penuh kontroversi itu dalam temu bual dengan sebuah stesen televisyen pada minggu lepas.

Dalam wawancara tersebut Mokhtar berkata, beliau tidak kisah jika emak atau adik perempuannya bersetuju mahu melakukan hubungan seks suka sama suka. – Agensi

1 comment:

Helang Buana said...

http://helangbuana.blogspot.com/2012/07/18sx-panas-mengapa-ella-menangis-di.html

Follow p a a p a a d a by e-mail