• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Khidmat seks masuk kampung

Khidmat urut kaki dan salun rambut yang turut menyediakan khidmat seks, kini mula beroperasi di kawasan kampung apabila enam wanita warga Thailand ditahan kerana terbabit kegiatan terkutuk itu dalam operasi Jabatan Imigresen Kedah di Kampung Titi Akar dan Kampung Tok Set,Pendang, petang kelmarin.

Enam wanita berusia 28 hingga 46 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka melanggar syarat Pas Lawatan Sosial (PLS) dan dipercayai turut menyediakan khidmat seks kepada pelanggan yang kebanyakannya penoreh getah.

Ketua Bahagian Penguat kuasa Imigresen Kedah, Nar Azaman Ibrahim berkata, serbuan pada jam 6 petang itu membabitkan 15 anggota dan pegawai imigresen hasil risikan serta maklumat orang awam berhubung aktiviti tidak bermoral di premis berkenaan.

“Ketika serbuan, ada lima pelanggan sedang menanti giliran dan dipercayai mahu mendapatkan khidmat urutan serta seks, namun mereka sempat melarikan diri termasuk ada yang berlari tanpa pakaian ke kawasan semak berhampiran,” katanya.

Menurutnya, sebelum serbuan dibuat enam penguat kuasa imigresen menyamar sebagai ‘pelanggan’ dan siasatan mendapati bayaran dikenakan bagi khidmat urutan RM40 sejam serta RM80 untuk khidmat seks.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail