• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Penduduk AS gembira menang kes masjid baharu

Masjid di Murfreesboro, Tennessee.

Penduduk Islam di negeri Tennessee, Amerika Syarikat (AS) yang menenangi kes mahkamah untuk menduduki sebuah masjid baharu kelmarin mendapati mereka tidak dapat beribadat di masjid berkenaan pada permulaan bulan Ramadan.

Ia berikutan masjid tersebut memerlukan masa dua minggu lagi untuk disiapkan.

Namun, penduduk Islam meraikan kemenangan mereka selepas dua tahun berdepan satu saman bagi menghalang pembinaannya.

"Bagi saya, keputusan kelmarin amat baik dan saya bersyukur kepada Tuhan," kata pengerusi jawatankuasa masjid berkenaan, Essam Fathy.

"Kami semua terkejut. Ia satu berita gembira tanpa disangka," tambahnya.

Penduduk yang menentang pembinaan masjid tersebut menyaman daerah Rutherford pada September 2010 untuk menghalang pembinaan tempat ibadat itu.

Kumpulan itu memberi alasan bahawa Islam bukan agama sebenar dan penduduk Islam AS mahu menumbangkan Perlembagaan AS dan menegakkan undang-undang Islam.

Namun, dalam satu perbicaraan baru-baru ini, Hakim Daerah AS, Todd Campbell mendapati tindakan menghalang pembinaan dan penggunaan masjid itu bercanggah dengan hak penduduk untuk mengamalkan ajaran agama mereka.

Beliau kemudian mengarahkan pihak pentadbiran daerah supaya melakukan pemeriksaan dan membenarkan masjid tersebut dibuka kepada orang ramai. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail