• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Petani guna roket dan mortar pertahan ladang ganja

Petani bersenjata mesingan, bom tangan menggunakan roket dan mortar memaksa tentera kerajaan menghentikan operasi untuk memusnahkan ladang ganja haram di Lembah Bekaa di Lubnan, semalam.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam tembak menembak itu tetapi dua kenderaan pasukan keselamatan terkena tembakan, kata saksi.
Ketika perang saudara 1975-1990, Lembah Bekaa yang subur menghasilkan sehingga 1,000 tan resin ganja setiap tahun dan 30-50 tan candu, yang digunakan untuk membuat heroin.

Pokok ganja dimusnahkan di bawah program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu antara 1991-1993 tetapi muncul semula ketika pasukan keselamatan berusaha mengamankan negara yang bergolak itu.

Tiada statistik yang boleh dipercayai untuk memastikan berapa banyak ganja yang dihasilkan di Lubnan sekarang.

Pasukan keselamatan menjalankan operasi tahunan untuk memusnahkan ganja tetapi menghadapi tentangan daripada petani yang marah kerana pokok yang mendatangkan pendapatan tinggi dan mudah untuk komuniti mereka yang miskin. - Reuters

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail