• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Profesor tawar gred tinggi sebagai pertukaran untuk seks

Seorang profesor madya undang-undang, Tey Tsun Hang daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) tidak digantung kerja oleh institusi pengajian tinggi itu ekoran siasatan yang mendakwa dia memberikan markah tinggi sebagai pertukaran untuk seks.

Laporan berita tempatan menyatakan dia akan diberikan cuti sabatikal apabila tahun akademik bermula bulan depan.

Ia sudah dirancang sejak tahun lalu dan tidak dibuat ekoran siasatan itu, kata anggota fakulti di NUS.

Mereka berkata, tiada aduan dibuat terhadapnya sebelum ini. Tey, 41, dipanggil oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) April lalu dan kemudian ditahan. Dia kini bebas dengan ikat jamin.

Dia dituduh memberikan gred tinggi kepada seorang pelajar perempuan tahun empat sebagai pertukaran untuk seks.

Menurut The New Paper, persetujuan mereka bukan untuk sekali saja tetapi pelajar itu dikatakan melakukan seks dengan Tey beberapa kali. - The New Paper

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail