• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Remaja parah pam angin dirodok ke dubur

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di bandar Dezhou, di wilayah Shandong yang cedera parah apabila dua pekerja memasukkan pam angin ke dalam duburnya, dipindahkan ke bandar raya ini untuk rawatan lanjut.

Du Chuanwang(gambar) yang mengalami kerosakan di kebanyakan organnya segera dikejarkan ke Hospital Xiajin selepas kejadian itu. Ketua unit rawatan rapi hospital itu, Ai Qingze berkata, keadaan remaja itu adalah serius. “Tekanan dalam perutnya sangat tinggi hingga kakinya bertukar menjadi ungu. Pakar bedah segera membedah perutnya bagi membuang keluar angin dan menemui usus kecilnya mengalami pendarahan teruk,” katanya.

Du menjalani pembedahan untuk merawat ususnya di hospital. Ai berkata, tekanan angin merosakkan hati, buah pinggang dan perut Du. Wajah dan hidungnya turut menunjukkan tanda nekrosis, tetapi Ai berkata, punca keadaan itu belum dipastikan lagi. “Kami menyarankan kepada keluarga pesakit supaya memindahkannya ke hospital lebih baik kerana sebagai hospital daerah, hospital kami tidak mempunyai peralatan perubatan yang lengkap untuk merawatnya,” katanya.

Du mengalami kecederaan itu ekoran insiden pada 30 Jun lalu. Du sedang bekerja di garaj di Xiajin, Dezhou ketika diserang dua lelaki terbabit. Polis di Xiajin kemudian menahan dua pekerja berkenaan kerana disyaki mencederakan Du.

“Dua suspek bernama Zhao dan Chen mencederakan Du dengan menolaknya hingga dia rebah ke lantai sebelum mengepam angin menerusi duburnya dengan pam angin,” kata polis kepada Sina Weibo, semalam. - DM

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail