• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Samsung juara telefon bimbit pintar dunia

Samsung Electronics Co, pengeluar telefon bimbit pintar nombor satu dunia menjual 50.5 juta telefon bimbit pada suku tahun kedua, menambahkan jurang dengan Apple Inc, dalam satu laporan yang dibuat oleh firma kajian, StrategyAnalytics.

Menurut laporan itu, Samsung menguasai 34.6 peratus daripada pasaran telefon pintar dunia, manakala Apple mengalami kejatuhan 26 peratus dalam penjualan telefon pintar jenama itu, kini hanya mampu mendapat 17.8 peratus dalam pasaran selepas menjual 26 juta iPhones sehingga Jun ini.

Nokia mendapat tempat ketiga dengan 7.0 peratus dalam pasaran, menjual 10.2 juta telefon pintar. - Reuters

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail