• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Serang bar sediakan arak di bulan Ramadan...62 remaja ditangkap

BEBERAPA pelajar universiti berjalan melintasi bar De Most di Jakarta 

Polis Indonesia semalam menyatakan, 62 orang ditangkap, kebanyakannya remaja di bawah umur kerana menyerang sebuah bar di selatan negara ini yang menyediakan arak dalam bulan Ramadan.

Menurut Ketua Detektif Polis Jakarta Selatan, Hermawan, sekumpulan 150 pemuda dengan sebahagian mereka berusia 13 tahun membawa pedang dan kayu golf semasa menyerbu bar De Most pada malam Sabtu lalu dengan memecah botol arak dan merosakkan tempat itu.

"Daripada 62 orang yang ditahan itu, kebanyakannya berusia di bawah umur dan sebahagian mereka bersenjatakan pedang samurai, sabit dan batang golf.

"Mereka memecahkan tingkap, pintu dan menghempas botol arak kerana mahu semua kedai menjual arak ditutup bagi memastikan bulan Ramadan tidak dicemari," tambah beliau.

Seramai 23 orang telah dituduh menyebabkan harta benda rosak manakala empat lagi didakwa membawa senjata tajam.

Hermawan berkata, kumpulan itu menggelarkan diri mereka sebagai Majlis Pembela Nabi Muhammad.

"Adalah menjadi kebiasaan untuk saya dan pengikut saya menyerbu tempat-tempat maksiat semasa Ramadan.

"Mereka (para pengunjung bar) melakukan dosa di sana. Mereka mabuk dan tiada tindakan diambil terhadap mereka," kata ketua kumpulan itu, Habib Bahar yang berusia 33 tahun kepada akhbar dalam talian, Kompas.com. - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail