• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

'Tandas terbuka' terbesar di dunia

GAMBAR fail menunjukkan seorang pekerja perkhidmatan kereta api India memeriksa landasan di Mumbai pada 13 Julai lalu. Ramai penduduk India membuang air dalam kereta api.

Menteri Pembangunan Luar Bandar India, Jairam Ramesh mencadangkan projek bernilai AS$130 juta (RM411.35 juta) untuk membersihkan landasan kereta api di negaranya yang dianggapnya sebagai 'tandas terbuka' yang terbesar di dunia, menurut beberapa laporan semalam.

Beliau menyatakan demikian pada satu mesyuarat di sini kelmarin bahawa terdapat 130 juta isi rumah yang tidak mempunyai kemudahan tandas.

"Ia merupakan sesuatu yang amat memalukan, dukacita dan marah," kata Ramesh seperti yang dilaporkan akhbar Times of India.

Menteri itu mencadangkan supaya sebanyak AS$28 juta (RM88.59 juta) diperuntukkan untuk menyediakan 100,000 tandas mesra alam di kampung-kampung di seluruh India.

Menurutnya, kereta api di India membawa 11 juta penumpang setiap hari.

Justeru, katanya, landasan kereta api di negara ini merupakan tandas terbuka yang paling besar di dunia. - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail