• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Undang-undang hina Islam digubal

Arab Saudi sedang mengkaji jenis hukuman berat dan peraturan-peraturan baru bagi menangani masalah penghinaan terhadap Islam di media sosial, massa dan televisyen.

Akhbar Saudi melaporkan, peraturan itu dicadangkan selepas seorang blogger Saudi dan kolumnis, Hamza Kashgari, 23, telah ditangkap kerana komen yang disifatkan sebagai menghina Nabi Muhammad SAW di laman Twitter, lima bulan lalu.

Menurut sumber, dalam tempoh dua bulan akan datang Majlis Syura akan mendedahkan hasil kajian terhadap peraturan tersebut bagi memerangi kritikan terhadap prinsip asas syariah Islam.

"Kemungkinan hukuman berat akan di kenakan terhadap pesalah termasuk yang menghina ulama dan Islam.

Peraturan itu penting kerana sejak kebelakangan ini pencabulan komen melalui rangkaian sosial di Internet dilihat sangat serius," katanya.

Beliau berkata, ketegangan juga telah meningkat di antara puak konservatif, reformis dan ulama ke atas politik, ekonomi dan sosial.

Penganalisis Arab Saudi, Jamal Khashoggi berkata, sebelum undang-undang itu digubal, Majlis Syura disaran berdebat dengan orang awam melalui media bagi mengelakkan kekeliruan.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail