• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Wanita solek lebih lama awal minggu

Golongan wanita dikatakan mengambil masa lebih lama untuk menyiapkan rambut, solekan dan pakaian pada permulaan minggu bagi memberikan penampilan lebih menarik mereka kepada rakan sepejabat, kata satu kajian terbaru. Bagaimanapun usaha mereka itu berkurangan di mana empat dalam sepuluh wanita mengakui bahawa mereka akan berhenti pada hari Rabu.

Satu dalam lima daripada 2,000 wanita yang disoal selidik firma penjagaan kulit Simple berkata, beban kerja mereka yang semakin bertambah sepanjang minggu menyebabkan mereka tidak lagi mempunyai banyak masa untuk menyiapkan diri.

Kajian mendapati bahawa wanita biasanya menghabiskan masa 39 minit untuk bersiap sedia pada setiap hari Isnin, semakin berkurangan kepada 32 minit pada hari Selasa.

Bagi hari Rabu dan Khamis, mereka mula bergegas dengan hanya menghabiskan masa selama 29 minit manakala persediaan pada hari Jumaat kembali meningkat kepada 33 minit berikutan ia permulaan hujung minggu.

Lebih separuh daripada wanita berkenaan berkata, mereka akan memberikan usaha lebih jika mempunyai mesyuarat atau janji temu dengan ketua.
Hampir suku daripada mereka berkata, mereka akan mengambil lebih banyak masa untuk penampilan jika ada peluang untuk kenaikan pangkat.

Satu daripada 10 wanita menerima pujian mengenai penampilan mereka pada permulaan minggu tetapi berkata, ia semakin berkurangan pada hari seterusnya. Empat dalam 10 wanita berkata, bahawa setiap pejabat mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita yang akan kelihatan menarik sepanjang masa.

Jurucakap firma itu berkata: “Ada andaian bahawa wanita yang banyak menghabiskan wang untuk pakaian, penjagaan kulit dan solekan secara automatik paling mendapat kepuasan di pejabat, tetapi tidak semestinya dalam kes ini. - Agensi

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail