• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Wanita tonton TV bersama mayat

Seorang wanita yang tinggal beberapa bulan dengan mayat seorang rakan semalam didakwa di mahkamah atas tuduhan menunaikan cek pencen dan keselamatan sosialnya.

Linda Chase, 71, diheret ke mahkamah tiga minggu selepas mayat Charles Zigler ditemui di atas kerusi di ruang tamu rumah mereka di Jackson, 64 kilometer ke selatan Lansing, selatan Michigan.
Linda tidak didakwa dengan sebarang tuduhan jenayah berkait dengan kematian Zigler atau kegagalannya untuk melaporkan kematian lelaki itu.

Polis yakin Zigler, 67, mati kerana penyakit biasa pada Disember 2010 walaupun Linda berkata, temannya itu mati tahun lalu.

Wanita berkenaan dituduh menipu dengan menunaikan cek berjumlah AS$28,000 (RM74,000) atas nama Zigler.

Hakim membebaskannya selepas menasihatinya supaya muncul di mahkamah pada setiap hari yang telah ditetapkan.

Polis memasuki rumah Linda pada 6 Julai selepas anggota keluarga Zigler berkata, mereka sudah lama tidak menemuinya.

Linda berkata, dia enggan berpisah daripada mayat itu dan mahu terus berbual dengannya sambil menonton lumba kereta Nascar menerusi televisyen.

“Dia tahu apa yang sebenarnya dia mahukan. Dia tidak merinduinya atau dia tidak boleh hidup tanpanya. Dia hanya mahukan wangnya. Keluarga kami mahukan dia dipenjara,” kata anak saudara Zigler, Aaron Dryer. - AP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail