• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Warga asing tak hormat puasa akan diusir

Arab Saudi akan mengusir warga asing yang ditangkap makan atau minum di tempat awam sepanjang Ramadan.

Amaran itu diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri, semalam.

Arab Saudi dan kebanyakan negara Arab mula berpuasa Jumaat lalu.

“Kontrak kerja dengan jelas menyatakan warga asing mesti menghormati ajaran Islam dan peraturan negara ini, termasuk bulan Ramadan. “Mereka yang gagal mematuhi undang-undang ini akan diusir,” menurut kenyataan kementerian itu.

Arab Saudi mempunyai kira-kira lapan juta pekerja warga asing. - SG

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail