• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Artis gelar bekas isteri pelacur

Andhika dan Anggie

Bekas vokalis Kangen Band, Andhika ‘diserang’ secara berterusan oleh bekas isterinya.

Anggie mendakwa dia tidak diberi nafkah dan dipukul oleh lelaki itu. Ekoran daripada itu, Andhika tidak mendiamkan diri.

Dia pun membalas ‘serangan’ bekas isterinya itu dengan menggelar Anggie sebagai pelacur. Andhika berkata, kali pertama dia bertemu dengan Anggie ialah di sebuah kelab malam.

Sejak itu dia mula menjalin hubungan asmara dengan Anggie.

“Dulu saya mengenali Anggie di kelab malam. Dia pelayan di situ.

“Tanpa disedari hari demi hari hubungan kami makin serius lalu saya berkahwin dengannya,” katanya.

Sebelum ini, Anggie pernah mendedahkan dia berkahwin dengan Andhika kerana telah hamil. Bagaimanapun, akhirnya dia meminta cerai kerana penyanyi itu tidak memberi nafkah kepadanya. - Detikhot

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail