• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Awas!!!...Wang palsu sempena raya

Penduduk di wilayah berhampiran Jawa Tengah dan Yogyakarta diberi amaran kemungkinan ada wang palsu diedarkan di kawasan itu beberapa minggu sebelum sambutan Aidilfitri.
Kes begini semakin meningkat tahun demi tahun.

Bank Pusat (BI) Pejabat Rantau V Semarang mengesan kira-kira Rp80 juta (RM26,316) wang palsu di beberapa wilayah berkenaan setiap bulan sejak enam bulan pertama tahun ini: lebih 6,000 keping.
Ketua Juruwang pejabat itu, Taslim Noor semalam berkata, “Hari Raya biasanya masa untuk mengedarkan wang palsu.”

Katanya, jumlahnya bertambah sekali ganda dalam tempoh yang sama untuk 2011 dan 2010, tetapi masih kurang dari satu peratus jumlah keseluruhan wang kertas yang diedarkan.

Taslim berkata, antara mereka yang mudah ditipu, adalah pengurup wang sendiri. Mereka yang tidak bertanggungjawab akan meminta menukar wang kertas bernilai besar palsu kepada wang kertas bernilai kecil yang asli.

“Setakat yang saya tahu, empat atau lima pengurup wang menjadi mangsa,” katanya.

Terdapat trend masyarakat di negara ini yang akan menukar wang kertas bernilai besar kepada lebih kecil untuk diberikan kepada anggota keluarga dan saudara-mara. Ada yang menukarnya di bank tetapi ada yang lebih suka menukar di pengurup wang kerana lebih praktikal.

Taslim berkata, walaupun teknologi semakin canggih dalam perniagaan wang palsu, tiada wang kertas palsu yang ditemui yang mempunyai kualiti hampir sama dengan yang asli.

“Tiada satu yang hampir sama dengan yang asli,” katanya. - Jakarta Post

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail