• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Blogger SharpShooter dijel

Amizudin Ahmat 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap penulis blog, Amizudin Ahmat selepas didapati bersalah melanggar perintah mahkamah kerana terus menyiarkan artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof mengeluarkan perintah hukuman penjara terhadap Amizudin selepas mendapati dia melanggar perintah yang melarangnya daripada terus menyiarkan artikel berkenaan dan tindakannya menghina mahkamah dilakukan beberapa kali.

Zabariah juga memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa semalam. Terdahulu dalam penghakimannya, Zabariah berkata tindakan Amizudin itu adalah satu penghinaan mahkamah yang serius. “Ia bukan perkataan yang boleh diterima umum, saya hendak cakap pun tidak tergamak,” katanya.

Selepas Zabariah membacakan keputusannya, Amizudin yang berada di luar kandang tertuduh bangun dan memberitahu dia silap dan memohon maaf. “Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham”,” katanya.

Pada prosiding itu Rais diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah manakala Amizudin diwakili peguam Ahmad Nizam Hamid. Sementara itu, Ahmad Nizam memohon mahkamah meringankan hukuman ke atas anak guamnya dengan alasan Amizudin sudah mengemukakan permohonan maaf.

Bagaimanapun Muhammad Shafee berkata hukuman penjara perlu dikenakan ke atas responden supaya dapat dijadikan pengajaran bahawa perintah larangan mahkamah tidak boleh diambil mudah.

Pada 19 Julai tahun lalu, Amizudin yang juga anggota Jawatankuasa Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) diperintahkan membayar ganti rugi RM300,000 kepada Rais selepas menteri itu berjaya dalam kes tuntutan saman fitnahnya.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail