• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Bolt kuasai Twitter

BOLT meraikan kemenangannya dalam acara larian 100 meter di Stadium Olimpik, London pada 5 Ogos lalu.

Pelari pecut Jamaica, Usain Bolt menguasai Twitter semasa Sukan Olimpik berlangsung, menurut pihak pengurusan laman sosial itu semalam.

Kejayaan Bolt memenangi pingat emas dalam acara 200 meter (m) telah menyebabkan pengguna-pengguna Twitter menghantar sebanyak 80,000 mesej setiap minit.

Ketika dia berjaya memenangi pingat emas dalam acara 100m, sebanyak 74,000 mesej dihantar bagi setiap minit.

Laman tersebut membuat pendedahan itu selepas Sukan Olimpik ditutup kelmarin.

"Kami mendapati lebih 150 juta mesej tentang Olimpik selama 16 hari," kata kenyataan Twitter di sebuah laman blog.

Sebelum ini laman tersebut mendedahkan semasa pembukaan Sukan Olimpik, terdapat 9.66 juta mesej di Twitter.

Sukan bola sepak adalah yang paling popular dalam kalangan peminat sukan di Twitter dengan lima juta mesej. - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail