• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Cuba adakan hubungan seks...Polis paksa pasangan berarak bogel

Beberapa pegawai polis Pakistan digantung tugas ekoran tindakan mereka mengenakan hukuman dengan memaksa satu pasangan berarak dalam keadaan bogel di khalayak.


NDTV melaporkan bahawa insiden mengejutkan itu berlaku di wilayah Sindh, selatan Pakistan pada 27 Julai lalu.

Menurut laporan BBC, beberapa saksi mendakwa polis di bandar Gambat mengarahkan seorang lelaki dan wanita, yang belum berkahwin, berjalan ke balai polis dalam keadaan berbogel sebagai hukuman atas alasan cuba mengadakan hubungan seks

Rakaman telefon bimbit menunjukkan seorang lelaki dipikul oleh polis manakala seorang wanita pula merayu agar dia dibenar mengenakan pakaiannya.

Laporan itu menambah, pegawai-pegawai polis digantung tugas berikutan kecaman dan protes orang ramai.

Lelaki itu, seorang peniaga, dikenali sebagai Mumtaz Mirbahar manakala nama pasangannya tidak disiarkan.

BBC Urdu pula melaporkan bahawa polis dan penduduk tempatan merakamkan kejadian itu.

Laporan BBC juga berkata, insiden-insiden mengaibkan orang awam di khalayak adalah perkembangan biasa di Pakistan.

Bagaimanapun menurutnya, kejadian terbaru ini mengejutkan ramai sebab ia diarah oleh polis dan dirakamkan menggunakan telefon bimbit.

Tahun lalu, beberapa lelaki ditahan kerana membogelkan seorang wanita pertengahan usia dan memaksannya berarak di kampungnya sebagai hukuman atas kesalahan anaknya mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita dalam keluarganya.


Warga Pakistan, Shahnaz Bibi memberitahu BBC bahawa dia juga pernah dipaksa berbogol di kampungnya tahun lalu. 


Ketika itu, Shahnaz Bibi memberitahu BBC bahawa kehidupannya terganggu dan tidak dapat kembali ke rumahnya.

Laporan media lain memetik Mirbahar berkata, dia menjadi mangsa konspirasi.

Katanya, wanita berkenaan dibawa oleh anggota polis dan kedua-duanya dipaksa berjalan kira-kira satu kilometer.

Laporan juga menyebut Mirbahar telah memperoleh jaminan daripada mahkamah manakala wanita terbabit masih ditahan di penjara.

Dia telah memfailkan satu petisyen di Mahkamah Tinggi Sindh dan akan didengar Rabu ini.

BBC melaporkan, penduduk tempatan telah meminta polis agar tidak meneruskan tindakan mereka tetapi tidak didengar.

Seorang lagi wanita dilaporkan ditahan bersama Mirbahar tetapi tidak diarah berarak dalam keadaan berbogel.

Polis mendakwa mereka menerima aduan bahawa Mirbahar telah menjemput kedua-dua wanita itu ke rumahnya untuk mengadakan hubungan seks

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail