• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Cubaan murtad Islam

Keratan akhbar Sinar Harian pada 2 Ogos lalu.

Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohd Salleh Man menegaskan semua pihak perlu memandang serius isu cubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini, walaupun hanya sekadar cubaan memurtadkan.

Mohd Salleh berkata, jika ada individu yang didapati bersalah, boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 5 Kanun Keseksaan jenayah syariah, yang mana barang siapa cuba untuk memurtadkan orang Islam boleh diambil tindakan dan akan dibicarakan di Mahkamah Sivil.

“Namun tindakan tidak boleh diambil sekiranya tiada laporan polis dibuat, jadi saya ingin nasihatkan kepada mana-mana individu sekalipun sila buat laporan polis jika kita hendak banteras isu cubaan memurtadkan umat Islam ini,” katanya.

Mohd Salleh berkata, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan hampir 15 individu terlibat mengenai pendedahan isu cubaan memurtadkan umat Islam di Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP).

Perjumpaan itu diadakan berikutan pendedahan yang dilakukan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (Unggas) Pulau Pinang dan juga Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan Malaysia (ApiPenang). Mohd Salleh berkata, beliau sudah dimaklumkan bagaimana maklumat itu diperolehi dan kini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah diarahkan untuk mengendalikan isu gelandangan.

Menurutnya, Bahagian Penguatkuasa JAIPP juga diarahkan untuk membuat pemantauan dan turun padang sekiranya mendapat maklumat.

“Isu ini bukan terjadi di Pulau Pinang sahaja, malah sebelum ini ia adalah isu yang berlaku di seluruh negara. Pendakyah ini akan masuk ke kampung mahupun perumahan untuk mendekati kita.

“Jadi sebagai umat Islam kita perlu kuat dengan semua aspek, tidak kira mental dan juga fizikal menepis segala dakyah-dakyah ini,” katanya.

Terdahulu, akhbar ini pada 2 Ogos lalu, melaporkan dua lelaki asing dipercayai pelancong cuba mengumpan beberapa umat Islam untuk murtad dan mengikut ajaran mereka.

Beberapa cubaan yang dikenal pasti mengikut laporan akhbar ini ialah sekumpulan remaja yang sedang berbuka puasa di sebuah pusat membeli belah terkenal dan juga seorang pembawa beca, yang juga gelandangan di sekitar Jalan Kapitan Keling.

Penyampai dakyah yang bertopengkan sebagai pelancong itu juga cuba mengumpan umat Islam terlebih dahulu dengan pertanyaan tentang agama Islam dan juga berpura-pura untuk bertanya jalan di sekitar Pulau Pinang.

Setelah melihat kemesraan yang dipamerkan, mereka kemudiannya cuba untuk menyampaikan dakyah tentang agama mereka.

“Kenapa percaya dengan ALLAH? Nabi Muhammad tidak benar,” itu antara ayat yang sering kali dijadikan umpan.

Lebih melampau apabila ada antara mereka cuba mengajak umat Islam ke pusat agama mereka untuk dimurtadkan.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail