• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Dipanah petir ketika Tarawih

Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan 15 lagi cedera apabila sebuah bangunan yang dijadikan masjid di desa terpencil disambar petir.

Ketika itu penduduk sedang bersolat Tarawih, kata polis semalam. Petir menyambar bangunan beratap jerami itu di desa Saraswatipur di timur laut negara itu kira-kira 200 kilometer dari Dhaka malam semalam.

Ketika kejadian, kira-kira 35 orang sedang solat Tarawih, kata Ketua Polis Bayes Alam.

“Semua 13 jemaah, termasuk imam masjid mati di tempat kejadian. Sesetengah mayat dan wajah mangsa hangus terbakar,” katanya kepada media sambil menambah sekurang-kurangnya 15 orang cedera, termasuk enam yang sedang dirawat di hospital.

Penduduk menjadikan bangunan itu sebagai masjid kerana akses untuk bangunan masjid konkrit yang lebih kukuh di desa itu sukar dikunjungi ekoran hujan lebat sejak beberapa minggu lalu yang menyebabkan air sungai Saraswati melimpah.

Petir menjadi ancaman utama di Sunamganj, tempat bagi beberapa tasik terbesar di Bangladesh. Kebanyakan insiden berlaku ketika musim angin monsoon antara Jun hingga September apabila daerah itu menerima taburan hujan yang tinggi. - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail