• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Gantungan payung warna-warni cipta pemandangan menakjubkan

Dengan keadaannya tergantung di udara, payung berwarna-warni ini sudah pasti menenggelamkan hasil seni yang lain.


Kelihatan seolah-olah terapung, payung itu sebenarnya digantung menggunakan wayar antara bangunan di Agueda, Portugal.

Ia adalah inisiatif pihak majlis bandar kecil itu yang terletak ke selatan Porto dan menjadi sebahagian daripada festival seni yang dinamakan Agitagueda.

Gambar menakjubkan itu dirakam oleh penyelidik pendidikan, Patricia Almeida yang terserempak dengan pemandangan luar biasa itu.


Patricia, 35, berkata: “Berjalan di bawah langit payung itu mengingatkan saya kepada cerita ‘Alice in Wonderland.’ Ia sesuatu yang saya tidak jangka dan membuat saya tersenyum.

“Saya kemudian menyedari bagaimana sesuatu yang begitu mudah boleh membuat anda gembira dan memberi kesan kepada orang ramai.” - DM

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail