• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

‘Hantu’ terima BR1M

Satu lagi kes ‘hantu bernyawa’ atau individu masih hidup, tetapi direkodkan sebagai sudah mati oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dikesan di Alor Setar.
Namun agak aneh apabila Wahid Bashah, 54, yang mengalami masalah itu hanya berdepan kesukaran ketika berurusan di jabatan imigresen, pada 5 Ogos lalu.

Namun, sepanjang tempoh dia diisytiharkan mati sejak 12 tahun lalu, dia masih boleh membuat perjalanan ke luar negara dan permohonannya mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada awal tahun ini, turut diluluskan.

“Masalah hanya timbul apabila saya tidak dibenarkan memperbaharui dokumen perjalanan ketika berurusan di pejabat jabatan imigresen pada 5 Ogos lalu,” katanya yang mula mengesan dia diisytiharkan meninggal dunia pada 2000.


Menurut penyelia kilang itu, ketika mengambil sijil kelahiran yang diperbaharui pada 2007 di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak, dia menyedari ada tarikh kematiannya tercatat sijil itu, tetapi dimaklumkan perkara itu tidak akan menimbulkan masalah

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail