• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Kes ugut seks siber meningkat

Polis negara Singapura semalam melaporkan peningkatan tiga kali ganda kes peras ugut siber membabitkan suspek wanita warga asing tahun ini.


Sehingga bulan lalu, terdapat sekurang-kurangnya 32 kes dilaporkan di mana suspek cuba memeras ugut wang dengan mengancam untuk mengedarkan foto atau video mangsa melakukan aksi seks.

Terdapat 11 kes dilaporkan tahun lalu.

Suspek wanita warga asing mengenali mangsa melalui platform rangkaian sosial seperti Tagged.com atau Facebook.

Mereka kemudian mengumpan aksi seks melalui perbualan di webcam dengan menanggalkan pakaian sebelum mendorong mangsa supaya tampil berbogel atau melakukan aksi seks di depan webcam.

Tanpa disedari mangsa, aksi mereka dirakam ketika sesi seks siber. Kemudian suspek mengancam untuk mengedarkan rakaman video dan foto mangsa dengan memeras ugut meminta wang daripada mangsa. - AsiaOne

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail