• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Lelaki Berusia 106 Tahun Guna Pengangkutan Awam Kembara Seluruh Dunia

Seorang lelaki warga Jepun berusia 106 tahun menjadi individu tertua yang mengembara ke seluruh dunia menggunakan pengangkutan awam, kata satu laporan pada Jumaat.


Lelaki berkenaan, Saburo Shochi telah diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness yang menyaksikan beliau mengembara melalui Amerika Utara, Eropah, dan Afrika, kata harian Mainichi.

Dengan puluhan penyokong yang bersorak kepulangan beliau di lapangan terbang Fukuoka di barat daya Jepun, profesor emiritus dari Universiti Pendidikan Fukuoka itu mula mengembara dengan kerap pada usia 99 tahun, untuk menyampaikan ceramah mengenai pendidikan dan kesihatan kanak-kanak di luar negara.

Shochi, yang menyambut ulang tahun yang ke-106 pada Jumaat berkata: “Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah berkata ‘Saya Penat’.” - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail