• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Nepal larang sekolah guna nama Barat

Pihak berkuasa Nepal semalam mengharamkan sekolah menengah menggunakan nama seperti ‘Oxbridge’, ‘White House’ dan ‘NASA’ kerana bimbang sistem pelajaran di negara itu akan kehilangan budaya tempatan.


Pengumuman itu dibuat selepas beberapa bantahan diterima daripada kumpulan pelajar dan belia yang kadang kala bersifat ganas, di luar sekolah di seluruh negara itu yang menggunakan nama asing.

“Kami sudah memaklumkan sekolah berkenaan supaya mengubah kepada nama tempatan. Peraturan ini jelas termaktub dalam undang-undang tetapi beberapa sekolah tidak mengendahkannya,” kata jurucakap Kementerian Pelajaran, Janardan Nepal.

“Mereka diberi masa secukupnya untuk mengubah nama itu. Tetapi tidak terlalu lama,” kata Nepal.

Nepal bergantung kepada kerajaan dan agensi bantuan asing untuk kira-kira 25 peratus daripada bajet pelajarannya yang berjumlah 65 bilion rupi (RM2.14 bilion). Tetapi sekolah yang berdepan dengan masalah kewangan sering cuba menarik pembiayaan dan pelajar dengan menggunakan nama Barat yang berprestij.

Kira-kira 250 sekolah menengah di Kathmandu menggunakan nama tokoh, institusi dan tempat di Eropah dan Amerika Syarikat seperti Akademi Einstein dan Kolej Pentagon.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bulan lalu menyuarakan kebimbangan terhadap keganasan yang meningkat terhadap sekolah di Nepal oleh kumpulan militan yang menurutnya membahayakan nyawa pelajar dan menjejaskan hak terhadap pelajaran.

Media tempatan menyalahkan sayap pelajar beberapa parti politik kerana memusnahkan komputer dan membakar bas sekolah. - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail