• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Pemandu berusia 101 tahun langgar kanak-kanak

CARTER (tiga dari kanan) berbual dengan dua anggota polis di lokasi nahas apabila keretanya (kanan) merempuh sembilan kanak-kanak di luar sebuah sekolah di Los Angeles 

Sembilan orang kanak-kanak cedera empat daripada mereka parah apabila seorang pemandu lelaki berusia 101 tahun merempuh mereka di luar sebuah sekolah di sini, kata beberapa pegawai dan saksi.


Seorang jurucakap Jabatan Bomba Los Angeles, Erik Scott berkata, dua lagi orang dewasa turut cedera dalam nahas yang berlaku pada Rabu lalu.

Pemandu itu, Preston Carter berkata, dia hilang kawalan manakala brek keretanya gagal berfungsi.

"Saya minta maaf," katanya kepada seorang jurukamera stesen televisyen ABC7. - AFP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail