• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Radio dan TV diberi sijil halal elak pornografi

Komisi Penyiaran Indonesia (KPID) bahagian Jawa Barat dan Majlis Ulama Indonesia (MUI) bersetuju untuk memberikan sijil halal kepada program radio dan televisyen bagi mencegah sebarang kandungan pornografi.

“Program TV seperti makanan. Jika makanan adalah untuk tubuh kita, maka program itu adalah untuk jiwa kita,” kata Salim Umar daripada MUI cawangan Jawa Barat.

“Kami akan menganugerahkan label halal dengan harapan program disiarkan akan memperoleh rating lebih tinggi dan lebih ramai penonton,” katanya sambil menambah program halal tidak akan mengandungi unsur pornografi.

Ketua KPID, Neneng Athiatul Faiziyah berkata, sijil seumpamanya akan melindungi penonton daripada pengaruh buruk.

“Ia telah ditetapkan dalam undang-undang penyiaran yang menyatakan program disiarkan di TV atau radio perlu mempunyai kandungan yang mematuhi nilai-nilai keagamaan,” katanya. - Jakarta Post

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail