• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Rakan laman sosial...Wanita dicuri, diperdaya, diperkosa

Polis Thailand menahan seorang lelaki berusia 33 tahun yang dipercayai memperdaya lebih 100 wanita untuk mendapatkan barangan berharga mereka sejak tiga tahun lalu.


Suspek juga disyaki melakukan hubungan seks dengan sesetengah daripada mereka.

Ketua Polis Bangkok, Kamronwit Thoopkrachang, mengumumkan penahanan Chakorn Ohm Boonchern yang dikehendaki ekoran lima waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya di seluruh Thailand.

Kamronwit berkata, polis menerima banyak aduan daripada mangsa mengenai suspek, tetapi mengambil masa tiga bulan untuk menahannya disebabkan kelicikannya. Boonchern ditahan disebuah flet di Lad Phrao, kelmarin.

Berdasarkan laporan mangsa, mereka mengenali suspek melalui rangkaian laman sosial. Selepas berbual dengan mangsa untuk beberapa ketika suspek akan memujuk mangsa supaya bertemu.

Suspek kemudian mengambil kesempatan mencuri barangan berharga mangsa termasuk wang tunai dan kad ATM. Beberapa mangsa mendakwa mereka turut diperkosa - Bangkok Post

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail