• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Remaja menipu diculik dan dirogol

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun sanggup berbohong kepada bapanya mendakwa dia diculik dan dirogol ketika pulang dari sekolah bagi mengelak dimarahi gara-gara lambat pulang ke rumah.

Bapanya yang percaya dengan cerita yang direka kemudian membuat laporan polis yang akhirnya membongkarkan tembelang anak gadisnya itu.

Menurut sumber, pelajar tingkatan satu itu ketika disiasat polis mengaku terpaksa berbohong kepada bapanya kerana takut dimarahi ekoran pulang lewat ke rumah selepas tamat persekolahan pada Jumaat lalu.

Katanya, remaja itu sebenarnya pulang lewat kerana mengikut teman lelaki dan mengaku pernah beberapa kali melakukan hubungan seks secara sukarela dengan kekasihnya itu.

"Bapa gadis itu membuat laporan polis mendakwa anaknya diculik semasa berjalan kaki sendirian pulang dari sekolah berhampiran sebuah tapak pembinaan.

"Dalam laporan tersebut, remaja itu mendakwa dibawa ke tempat sunyi dan dirogol sebelum berjaya melepaskan diri dan pulang ke rumah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber berkata, kisah penculikan dan rogol membabitkan gadis itu berkenaan bukan sahaja menggemparkan keluarganya tetapi turut membimbangkan pihak sekolah sehinggakan mengeluarkan amaran kepada pelajar terutama wanita agar berhati-hati bagi mengelak kejadian sama berulang.

Bagaimanapun, ujarnya, pembohongan 'mangsa' terbongkar apabila dia membuat kenyataan mencurigakan kepada polis semasa disiasat dan akhirnya mengaku sengaja mereka-reka cerita bagi mengelak dimarahi ibu bapanya.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail