• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Sambut raya dilorong hanyir

Cuti umum semalam ‘dimanfaatkan’ sepenuhnya segelintir warga asing dengan menjadikan rumah pelacuran di Lorong Pudu, Jalan Changkat Tong Shin dan Jalan Thambipillay, Brickfields, di sini sebagai lokasi tumpuan.


Tinjauan dua jam Harian Metro bermula jam 12 tengah hari mendapati hampir semua lorong hanyir itu dipenuhi warga asing, kebanyakannya dipercayai buruh kontrak terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam.

Kebanyakan mereka yang datang secara individu atau berkumpulan dilihat terlebih dulu membeli ubat kuat yang dijual di kaki lima sebelum masuk ke rumah tumpangan untuk melampias nafsu.

Malah, wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai pelanggan di Lorong Pudu tergamam seolah-olah ada pesta di situ berikutan kesesakan luar biasa membabitkan kehadiran begitu ramai lelaki warga asing itu.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail