• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Tak mengaku ibu kerana kos pengebumian RM5,000

Sebuah akhbar melaporkan, seorang akauntan di Singapura enggan mempunyai apa-apa hubungan dengan ibunya, walaupun ibunya sudah meninggal dunia, hanya kerana kos perbelanjaan menguruskan pengebumian sebanyak S$2,000 (RM5,000).


Akauntan wanita, dalam lingkungan 30-an itu, tidak datang walaupun diberitahu mengenai kematian ibunya di pusat penjagaan orang tua.

Dia dikatakan tidak mahu membelanjakan wangnya lagi untuk pengurusan pengebumian.

Seorang pengurus mayat yang tahu mengenai kejadian itu, menderma sebuah keranda dan melakukan upacara untuk si mati. Dia berkata, dia sedih dengan kelakuan akauntan itu.

Akhbar itu tidak menyebut di mana wanita itu meninggal dunia, tetapi melaporkan akauntan itu mengaku beliau hanya saudara jauh ketika menghantar ibunya ke pusat penjagaan orang tua itu kira-kira 10 tahun lalu.

Dia melawat ibunya beberapa kali dan setiap kali berbuat demikian, dia akan mengaku sebagai kawan atau jiran. - Straits Times

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail