• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Telefon bimbit dengan kekuatan 1.2 juta volt

Seorang remaja ditahan selepas polis menemui pistol pegun dengan kekuatan 1.2 juta volt dan dalam bentuk telefon bimbit ditemui dalam keretanya, semalam.

Polis berkata, senjata itu 24 kali lebih berkuasa berbanding alat digunakan pihak berkuasa dan boleh membawa maut. Sumber berkata, suspek berusia 19 tahun ditahan dalam kereta Ford Focus yang dipandu tanpa perlindungan insurans di Edgware, London Utara.

“Apabila ditahan, polis memeriksa kenderaan itu dan menemui pistol pegun berkenaan yang kelihatan seperti telefon Nokia yang mempunyai elektrod di atasnya,” katanya.

Dengan menekan butang pada sisi alat itu, senjata berkenaan boleh melumpuhkan mangsa dengan kekuatan elektrik yang tinggi.

Sumber itu berkata, suspek ditahan kerana disyaki memiliki senjata larangan dan diikat jamin sehingga bulan depan.

Katanya, ketika ditahan suspek ditemani seorang wanita tetapi dia tidak ditahan. “Senjata itu kini diperiksa pasukan forensik untuk mendapatkan lebih maklumat mengenainya,” katanya.

Seseorang yang memiliki pistol pegun di Britain boleh dipenjara sehingga 10 tahun serta denda yang tidak dihadkan. Februari lalu, polis mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan kemasukan secara haram senjata seumpama itu yang dihasilkan menyerupai telefon bimbit. - DM

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail