• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Wartawan Jepun Yang Membuat Liputan Di Syria Terbuka Hati Untuk Memeluk Islam

Seorang wartawan Jepun yang sedang membuat liputan telah terbuka hatinya untuk memeluk Islam di Syria, di depan para pejuang Syria, Subhanallah Allahu Akbar Walillahilhamd.

Dalam sebuah video yang diterbitkan di Youtube, menunjukkan seorang lelaki Jepun, yang juga merupakan seorang wartawan, telah melafazkan dua kalimat syahadat di depan Mujahidin dari batalion Mamduh Julha yang berpangkalan di gunung Al-Turkman di sempadan Syria-Turki.

Menurut laporan, beliau terbuka hati untuk memeluk Islam setelah jiwanya tersentuh melihat sikap baik yang ditunjukkan oleh para Mujahidin ketika ia sedang membuat liputan pertempuran di wilayah tersebut.

Dengan sedikit kesukaran namun lancar sekali lafaz, beliau mengucapkan "Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah" sambil dibimbing oleh seorang mujahid dari briged tersebut. Kemudian para mujahidin melaungkan takbir, dan muallaf ini pun mengikutinya dengan wajah terlihat gembira "Allahu Akbar, Allahu Akbar!". Kini ia bernama Musthafa, hamba Allah yang menemukan hidayah di bumi para syuhada

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail