• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Air mani beku punca telagah

Seorang lelaki tempatan menyaman bekas isterinya kerana mencuri sperma beku untuk hamil tanpa pengetahuannya, semalam.

Menurut lelaki terbabit, tidak lama selepas berpisah, wanita Russia itu secara diam-diam melakukan proses persenyawaan dengan air maninya di sebuah klinik.

Menurut lelaki itu, mereka pernah berkunjung ke klinik berkenaan untuk menjalani rawatan kesuburan sebelum itu. Mereka berpisah kurang tiga minggu selepas berkunjung ke klinik berkenaan.

Dalam keterangannya di mahkamah semalam, lelaki terbabit mengakui bekas isterinya itu hamil tetapi dia tetap berang kerana proses itu dilakukan di luar pengetahuannya.

“Saya mahukan keadilan. Apa yang berlaku tidak boleh diterima,” katanya di depan hakim di Mahkamah Rayuan Abu Dhabi.

Pasangan terbabit yang tidak dinamakan mengaku terdesak mahu mendapatkan anak selepas empat tahun berkahwin dan tidak dikurniakan zuriat.

Mereka juga mengaku dua kali menjalani rawatan kesuburan tetapi gagal mendapat sebarang hasil.

Disebabkan rumah tangga bermasalah, wanita terbabit kembali ke Russia dan menjalani proses rawatan kesuburan tanpa pengetahuan bekas suaminya.

Lelaki terbabit berkata, apabila wanita itu kembali ke Abu Dhabi, dia memalsukan tanda tangannya dalam borang kebenaran mengambil air mani beku.

“Saya menceraikan isteri tiga minggu kemudian tanpa mengetahui dia hamil,” katanya.

Dia hanya tahu bekas isterinya hamil empat bulan kemudian.

Wanita terbabit turut memfailkan tuntutan bagi memaksa lelaki itu mendaftarkan nama bayi mereka dengan namanya. Mahkamah membenarkan permohonan itu tetapi lelaki terbabit membuat rayuan.

Lelaki itu berkata, dia menyayangi anak perempuannya itu dan sedia memberikan hak sepenuhnya kepada isteri dan bayi berkenaan. “Tetapi penipuan bekas isteri saya tidak boleh dibiarkan,” katanya.

Sementara itu, hakim Khairi al-Kabbash berkata, lelaki terbabit wajar berlapang dada dan menerima kenyataan.

Tambahan pula, kata Khairi, dia bersedia memberi nafkah serta hak kepada anak dan bekas isterinya.

“Kamu lelaki hebat. “Saya faham mengapa bekas isteri kamu tidak mampu melepaskan kamu begitu saja,” katanya. - DM

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail