• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Dari Dunia Porno Ke Dunia Politik

Dunia politik memang luas. Sesiapa sahaja boleh menjadi ahli politik atas dasar kebebasan bersuara. Di Malaysia sekarang ini kita sering melihat artis dan selebriti menyertai parti politik tidak kira kerajaan mahu pun pembangkang. Namun percayakah anda, ternyata di barat terdapat beberapa orang pelakon porno turut menyertai politik.

Berikut merupakan 5 orang bekas pelakon porno yang pernah menyertai parti politik dan bergiat aktif dalam politik.

1. Cicciolina



Cicciolina merupakan pelakon porno era 1970an-1980an. Nama sebenarnya ialah Anna Ilona Staller. Pada tahun 1979, Cicciolina telah dipilih oleh Parti Hijau (Lista del Sole) bagi merebut jawatan dalam parlimen. Pada 1985, Cicciolina beralih pula ke Parti Radikal. Dua tahun kemudian, wanita kelahiran Hungary tersebut dilantik sabagai salah seorang ahli parlimen Itali. Ketika perang teluk berlaku, Cicciolina sempat menawarkan diri untuk melakukan hubungan seks dengan pemimpin Saddam Husein sebagai jaminan perdamaian di kawasan tersebut.


2. Mary Carey



Mary Carey pula telah menawarkan diri untuk bertanding dalam merebut jawatan Gabenor California pada 2003. Walaubagaimana pun, Mary telah ditewaskan oleh selebriti popular, Arnold Schwazenegger. Kekalahan tersebut tidak mematahkan semangat Mary untuk bergiat aktif dalam arena politik. Dia seterusnya berpolitik sebagai calon bebas. Wanita itu percaya bahawa kerjayanya sebagai pelakon porno tidak mempengaruhi karier politiknya.

3. Mimi Miyagi



Mimi Miyagi merupakan pelakon filem porno kelahiran Filipina. Nama sebenar Mimi ialah Melody Damayo. Mimi telah menawarkan diri bertanding merebut jawatan gabenor bahagian Nevada pada 12 Mei 2006 atas tiket Parti Republik. Dalam kempennya, Mimi membawa slogan "Aku berbogel dan jujur sepanjang waktu". Dia terpaksa bertanding dengan 4 orang calon Parti Republik yang lain dan akhirnya tewas di tangan Jim Gibbons.

4. Amanda Fox dan Luana Borgia



Amanda Fox dan Luana Borgia merupakan bintang filem porno kelahiran Itali yang sama-sama menawarkan diri bertanding merebut jawatan Datuk Bandar kota Taranto, Itali. Walaupun segelintir masyarakat yang agak sangsi dengan kemampuan mereka dalam berpolitik, namun kedua-dua wanita ini tidak berputus asa. Dalam kempen mereka, Amanda Fox dan Luana Borgia telah mengadakan tarian erotik bagi menyampaikan mesej dan misi mereka sebagai calon datuk bandar.

5. Milly D'Abbraccio



Nama sebenar Milly D'Abbraccio ialah Emilia Cucciniello. Milly telah bertanding dalam merebut jawatan Datuk Bandar Rome sebagai calon dari Parti Sosialis pada 2008. Pada tahun 2011 pula, Milly kembali bertanding bagi merebut jawatan Datuk Bandar Monza dan mewakili Parti Forza Monza. Milly merupakan pelakon filem porno terkenal era 1980an. Kerjaya Milly bermula selepas dia memenangi pertandingan Miss Teenager Italia pada 1978.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail