• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Kubur unik berusia 1,000 tahun ditemui

Sekumpulan pakar arkeologi menggali keranda batu kapur di Gunung Kamhantik. 

 Sekumpulan pakar arkeologi mengesahkan menemui penempatan berusia 1,000 tahun di puncak gunung batu kapur di Gunung Kamhantik, berhampiran Mulanay di wilayah Quezon.
Pegawai muzium nasional Eusebio Dizon berkata, perkara itu disahkan selepas mereka menemui keranda batu kapur dengan ukiran lidah terjelir yang diukir dengan logam.

 “Ujian karbon turut dilakukan pada gigi manusia yang diambil daripada 15 kubur,” katanya.

 Menurutnya, ukiran pada keranda itu memberi petunjuk bahawa Filipina mengamalkan upacara pengebumian lebih maju, apabila menggunakan alat logam sebagai medium ukiran. - AP

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail