• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Ada lagi gambar bogel artis terkenal tersebar di internet

Penyanyi lagu Matahariku, Agnes Monica, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar bogel yang beredar di Internet baru-baru ini adalah dirinya.

Pengurus selebriti berdarah campuran IndonesiaCina itu, Chrish, berkata gambar tersebut dipalsukan kerana tidak menampakkan dirinya yang sebenar.

'Gambar itu tidak mempunyai tanda lahir seperti yang ada pada tubuh Agnes,' katanya kelmarin.

Minggu lalu gambar seorang wanita menyerupai Agnes, 24 tahun, dalam tab mandi beredar di Internet dan menimbulkan tanda tanya orang ramai, terutama pengguna laman sembang.

Chrish berkata kesahihan gambar tersebut juga tidak boleh diterima akal kerana memaparkan wajah Agnes yang lengkap bersolek walaupun ketika mandi.

'Saya yakin Agnes akan membasuh dulu mukanya sebelum mandi,' kata beliau. Seorang pengamat fotografi, Encik Abimanyu Wachjoewidajat, turut meragui kesahihan gambar tersebut.

'Foto itu dibuat dengan penyuntingan kurang teliti kerana ada dua corak warna kulit berbeza di antara wajah dengan tubuh.

'Belahan rambut Agnes juga biasanya dari kiri ke kanan, tetapi gambar itu menunjukkan sebaliknya,' katanya.

Sementara itu, Agnes sebelum ini ditukil sebagai berkata orang ramai sentiasa menganggap personaliti terkenal selalunya bersifat 'suci'.

'Pantang larang masih kuat dan orang ramai menganggap personaliti terkenal mesti bebas daripada kesalahan walaupun semua kita adalah manusia,' katanya. -- Agensi.

No comments:

Follow p a a p a a d a by e-mail